Antara Faktor-faktor Pemilihan Hartanah

Antara Faktor-faktor Pemilihan Hartanah

ANTARA FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HARTANAH

1. Lokasi

Kawasan yang strategik terutamanya yang mempunyai kemudahan asas seperti masjid, hospital, sekolah, bank dan sebagainya.

2. Jenis Pemilikan

Ambil tahu sama ada hartanah tersebut hak milik kekal atau hak milik sementara. Hak milik sementara biasanya bertempoh maksimum 99 tahun. Selain itu, ada juga hak milik individu seperti rumah teres bagi kediaman bertanah, manakala untuk flat, apartment dan condominium, ia adalah hak milik strata.

3. Pemaju

Ambil tahu prestasi dan hasil kerja pihak pemaju. Biasanya kita boleh lihat hasil projek pembinaan mereka melalui official website masing-masing.

4. Jenis Hartanah & Lifestyle

Kenalpasti jenis hartanah yang ingin dibeli sama ada rumah teres, Semi-D, Banglo atau kediaman bertingkat seperti pangsapuri. Untuk yang mementingkan privacy, kemungkinan kondominium menjadi pilihan. Ada juga yang lebih suka memilih landed properties, rasa meriah dikelilingi jiran tetangga. Ia juga dipengaruhi oleh gaya hidup mereka.

Mdm Haniss
Landsworth Properties Sdn Bhd



© . powered by instaweb.my